Sunday 19 May 2013
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • red style
  • yellow style
Laman Web Najahudin Lateh..
Pusat Fi Dhilal al-Quran dan Sumbangannya Kepada Perkembangan Pendidikan Islam di Kota Belud, Sabah PDF Print E-mail

Oleh : Najahudin Lateh (UiTM Shah Alam) [Kertas kerja ini dibentang dalam Seminar Serantau Perkembangan Islam Borneo 2009 yang diadakan pada 4 hingga 5 Mac 2009 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu]

Pusat Pendidikan Islam Fi Dhilal al-Qur’an merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang terletak di Kampung Bugaron, Rosok, Kota Belud, Sabah. Didirikan di kawasan tanah seluas 6 ekar yang diwakafkan oleh sebuah keluarga muallaf pada Julai 1991 dan beroperasi mulai 1992 setelah mendapat kelulusan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Pusat ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana pelajarnya adalah terdiri daripada golongan miskin, muallaf serta anak yatim. Selain itu, seluruh kos pengajiannya, termasuk makanan, pakaian dan tempat tinggal adalah percuma hasil sumbangan orang ramai serta individu prihatin. Justeru, kertas ini membentangkan perkembangan dan sumbangan pusat ini kepada perkembangan pendidikan Islam di Sabah, khususnya kepada penduduk sekitar Kota Belud. Ramai yang mendapat pendidikan Islam di situ dan ada yang telah menyambung pelajaran di luar, khususnya di beberapa institusi pondok di Semenanjung. Selain itu, pusat ini juga berpengaruh terhadap penduduk setempat melalui kegiatan keilmuan, kebajikan dan kemasyarakatan. Penelitian juga dibuat kepada kesungguhan pendiri pusat sebagai seorang muallaf untuk menyebarkan Islam, di samping cabaran yang dihadapi daripada pihak luar dan penduduk setempat pada peringkat awal. Selain itu, penglibatan sahabat-sahabat daripada Semenanjung, sama ada sebagai jawatankuasa pentadbir atau pengajar tanpa ganjaran di pusat ini juga suatu keistimewaan yang menarik dalam konteks solidariti memartabatkan pendidikan Islam di Borneo.

Read more...
 
Metodologi Syeikh Idris al-Marbawi dan A.Hasan Bandung dalam Terjemahan Karya Bulugh al-Maram : Suatu Analisa Perbandingan PDF Print E-mail

Oleh : Najahudin Lateh (Pensyarah UiTM) [Kertas ini dibentang dalam SIMPOSIUM WARISAN DAN TAMADUN ISLAM 2009 pada 28 – 29 Disember 2009 di Universiti Malaya (UM)

Karya ulamak di Alam Melayu berkaitan pengajian hadith meliputi pelbagai bentuk. Antaranya seperti tulisan asli, ringkasan tulisan orang lain, ulasan terhadap teks dan ada yang berbentuk terjemahan. Dari aspek terjemahan, karya teks hadith yang popular diterjemahkan adalah Bulugh al-Maram yang dikarang oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani. Antara mereka yang memberi perhatian untuk menterjemah karya ini ialah Mohamed Idris al-Marbawi (Malaysia) dan A. Hassan Bandung (Indonesia). Ketika menterjemah, beberapa metodologi dan pendekatan tersendiri telah digarap untuk menghasilkan sebuah karya yang benar-benar memberi penjelasan kepada karya asal tersebut. Walaupun mereka pernah hidup pada satu zaman, namun terdapat beberapa perbezaan dalam beberapa aspek seperti lokasi tempat tinggal, latar pendidikan dan masyarakat serta jalur pemikiran. Pemilihan perkataan juga suatu yang menarik untuk dilihat sama ada terpengaruh atau tidak dengan eleman aliran pemikiran yang wujud pada zaman mereka. Justeru, kertas ini akan membicarakan metodologi yang digunakan oleh mereka ketika membuat terjemahan tersebut. Kajian ini boleh membantu para pelajar, ahli akademik dan orang ramai untuk memahami metodologi terjemahan ulamak silam dan sebagai sumber rujukan karya terjemahan hadith. Di samping itu kita semua dalam meneliti kehebatan ulamak Nusantara dalam membedah dan menghuraikan sebuah karya agung dalam hadith, iaitu Bulugh al-Maram untuk dinikmati oleh kita semua, terutama yang tidak fasih Bahasa Arab.

 
Sistem Kewangan Islam dalam Kerangka Perundangan Negara PDF Print E-mail

Oleh : Najahudin Lateh [Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Syariah & Undang-undang Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 2-3 November 2010 di USIM]

Kerangka perundangan sistem kewangan Islam di Malaysia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Sivil. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan yang membahagikan bidang kuasa negeri dan pusat telah meletakkan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes pertikaian berkaitan kewangan Islam. Perkara ini menyebabkan banyak tafsiran mahkamah sivil berkaitan kontrak dan aplikasi kewangan Islam yang bertentangan dengan prinsip syariah dan masih tertakluk dengan undang-undang Inggeris. Justeru, kajian ini akan membicarakan persoalan ini dengan memberi tumpuan kepada keputusan dan tafsiran-tafsiran mahkamah sivil dalam kes-kes kewangan dan perbankan Islam. Seterusnya, penulis akan mencadangkan beberapa pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta berkaitan untuk memperkasakan undang-undang Islam berkaitan kewangan dan peranan Mahkamah Syariah.

 

Read more...
 
Organisasi Bantuan dan Khidmat Sukarela : Pengalaman Amal Malaysia PDF Print E-mail

Oleh : Najahudin Lateh (Pensyarah UiTM). [Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Wahyu Asas Tamadun Islam pada 29-29 Julai 2009 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), anjuran Fakulti Pengajian al-Quran & al-Sunnah, USIM]

Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar secara sah telah ditubuhkan pada 30 Mei 2001. Berbekalkan semangat dan slogan ‘Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah’, ia bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah. Suatu yang menarik, Amal Malaysia bergerak atas paksi Islam dengan menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara khususnya dan di peringkat antarabangsa umumnya. Justeru, ia bukan bergerak atas nama amal kebajikan semata-mata tetapi juga sebagai pendakwah. Ini kerana melalui amal kebajikan, anggota Amal Malaysia berhadapan terus dengan ahli masyarakat dan kesempatan itu diambil peluang untuk menggunakan kemahiran berdakwah secara personaliti serta amalan. Pendekatan berkhidmat sambil berdakwah adalah pendekatan yang terpuji bagi menonjolkan kesyumulan dan keluasan Islam. Secara jelas, kebaktiannya diterima oleh masyarakat setempat dan antarabangsa tanpa sebarang prejudis. Ini kerana Amal Malaysia tidak terikat dengan keterbatasan ruang lingkup yang sempit serta tidak dibatasi oleh sempadan geografi dan juga keterikatan bangsa dan agama. Gerak kerjanya termasuklah misi bantuan, perubatan, pendidikan dan dakwah, latihan, penyelidikan, pembangunan remaja, penerbitan dan hubungan luar. Skop amalnya di dalam dan luar negara. Penglibatan dalam negara terbukti ketika membantu mangsa Tsunami di Kedah dan Pulau Pinang, menggerakkan pasukan bantuan mangsa banjir di Johor, Kedah dan negeri-negeri lain serta bantuan penduduk miskin dan ditimpa musibah di Sabah, Sarawak dan seluruh negara. Begitu juga bantuan kemanusiaan di luar negara seperti di Acheh, Jogjakarta, Mindanao, Kemboja, Kashmir, Pakistan, Sri Lanka, Iran, Lubnan, Palestin dan sebagainya. Pengalamannya banyak. Pengalaman ini memberi makna yang besar kepada kita. Termasuk juga untuk terlibat sama.

Read more...
 
Islamisasi Hotel Melalui Pendekatan Hadith Ahkam PDF Print E-mail

Oleh : Najahudin Lateh (UiTM Shah Alam) [Kertas kerja ini dibentang dalam Seminar Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan Islam 2010 yang diadakan pada 22 dan 23 Jun 2010 di Bilik Seminar iLQAM, UiTM Shah Alam]

Kertas ini menghimpun dan menganalisis hadith-hadith ahkam (hukum fiqh) berkaitan untuk menonjolkan konsep hotel dan rumah penginapan yang bercirikan Islam. Ia merangkumi gambaran reka bentuk ruang, organisasi dan pekerja serta pelanggan hotel berasaskan panduan daripada hadith-hadith Rasulullah SAW. Kertas ini lebih berbentuk cadangan atau syor tentang beberapa asas kepada pembentukan dan pengurusan sebuah hotel atau rumah penginapan Islam berpandukan neraca hadith sahih. Kertas ringkas ini dirasakan bermanfaat kepada semua pengkaji, pelajar dan pengusaha hotel, homestay, rumah tumpangan atau penginapan supaya dapat mereka bentuk atau mengubah premis sedia ada supaya selari dengan syariah.

 

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Page 4 of 5

“Islam adalah suatu sistem universal yang lengkap dan mencakup seluruh aspek hidup dan kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air, pemerintahan dan rakyat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, material dan sumber daya alam, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan pemikiran, sebagaimana Islam adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih”. - Hasan al-Banna

Apakah Islam?
loader

Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

 

  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator